fbpx

Sharnaaz Ahmad, Isteri Bakal Timang Anak Pertama

Tahniah diucapkan kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila apabila disahkan hamil anak pertama. Berita gembira itu dikongsikan oleh Nabila semalam di akaun Instagram berserta dengan gambar ultrasound bayi.

BACA: Ustaz Dedah Isteri Sharnaaz Ahmad Kini Hamil?

“Alhamdulillah, berkat doa semua kami dikurniakan rezeki dan anugerah terindah dari Allah SWT. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan bayi sihat sempurna Insyaallah,” tulisnya di Instagram.

Kakak kepada pelakon, Neelofa juga meluahkan rasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan selepas hampir setahun berumah tangga. Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan pasangan ini bakal bergelar ibu bapa selepas viral gambar mereka di pusat perubatan.

Rata-rata ramai membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan gembira dengan berita yang dikongsikan. Tahniah sekali lagi diucapkan, semoga Nabila diberi kesihatan baik sepanjang hamil. (rtky/w)