fbpx

Sharnaaz Ahmad Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Mengakui tidak dapat tidur lena menjelang hari perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi, Sharnaaz Ahmad dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia turut mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk kahwin.

BACA: Bakal Isteri Larang Sharnaaz Ahmad Berlakon Panas

“Saya akui saya rasa berdebar. Kadangkala saya rasa sukar untuk tidur dan melelapkan mata. Makin lama makin susah. Apa yang saya risaukan pun, saya sendiri kurang pasti. Selalunya, kalau saya tahu apakah punca yang membuatkan saya rasa resah, saya akan selesaikannya secepat mungkin,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Selain itu, Sharnaaz juga sedar bahawa tanggungjawabnya selepas kahwin menjadi semakin besar dan perlu bekerja lebih kuat untuk isteri dan keluarga.

“Tidak hanya melakukan persiapan perkahwinan, saya juga mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk bergelar suami. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berkahwin. Rasanya baru semalam saya masuk ke dalam industri ini,” katanya.

Sharnaaz dan Nabila bakal melangsungkan pernikahan pada 31 Mac ini. Keluarga Sharnaaz sebelum ini telah selesai merisik pada 18 Disember 2016. (rtky/s)