fbpx

Bakal Isteri Larang Sharnaaz Ahmad Berlakon Panas

Bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, Sharnaaz Ahmad sudah diberi amaran untuk tidak berlakon adegan panas bersama wanita lain oleh bakal isterinya, Noor Nabila. Bagi Nabila, sebagai seorang suami pasti Sharnaaz mengetahui batas-batasnya ketika berlakon.

BACA: Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Bakal Nikah 31 Mac Ini

“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon dalam babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu. Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik”

“Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu. Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan perkara terbabit.

Selain itu, Sharnaaz turut memaklumkan sehingga kini beliau telah menerima 90 peratus tajaan pada majlis di sebelah pihak lelaki yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti. Bagaimanapun, pasangan itu memilih untuk melangsungkan majlis perkahiwnan yang sederhana sahaja.

Apapun buat Sharnaaz dan Nabila, semoga segala perancangan berjalan lancar serta dipermudahkan. Pasti ramai tidak sabar melihat pasangan ini naik ke jinjang pelamin bukan. (rkty/w)