fbpx

Sharifah Zarina Tak Kisah Anak Dikecam Berpelukan Dengan Lelaki

Pasti ramai tahu, penyanyi Sharifah Zarina mempunyai seorang anak perempuan, Athalia Deena Baswani yang dikenali ramai di platform TikTok.

Baru-baru ini, perkongsian anak kepada penyanyi itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video berpelukan dengan seorang lelaki.

BACA: Sharifah Zarina Dipuji Sporting Teman Anak Gadis Dating

Menerusi video dikongsikan, Athalia dilihat berjalan bersahaja sambil bermain dengan rambutnya sebelum berpelukan dengan seorang lelaki yang juga personaliti media sosial England, Elliot James Reay sebagai tanda bertegur sapa.

@officialathalia

What a coincidence ? @@Elliot James Reay#fyp#tiktokmalaysia#trend

? Up by Olly murs. – ??

Seperti sudah dijangka, perkongsian Athalia itu mendapat pelbagai reaksi darpada netizen kurang senang dengan tindakan gadis itu yang tiada segan silu memeluk lelaki bukan mahram.

Tidak kurang juga, di ruangan komen ada netizen tertanya-tanya reaksi ibu kepada gadis itu melihat anaknya berpelukan dengan lelaki.

Malah, ada yang menitipkan pesanan kepada Athilia supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik perkongsian kerana bimbang ibunya terkena tempias.

Dalam pada itu, ada yang memetik ibu kepada gadis itu supaya memberi nasihat kepada anaknya. Namun, apa yang lucu apabila ada yang salah memetik nama Sharifah Sakinah.

Perkara itu mendapat perhatian Sharifah Zarina yang memberikan respon dimana dia tidak kisah jika netizen mahu mengecam dan mengkritik anaknya tetapi pastkan memetik nama individu yang sebenar.

@realsharifahzarina

Replying to @Pand4iman? Sorry @Sakinah

? original sound – Sharifah Zarina – Sharifah Zarina

“Saya tak kisah kalau ada yang nak bagitahu saya, anak saya dikecam atau orang kutuk anak saya ke, saya tak kisah. Tapi, tolonglah tagged saya ya. Jangan tagged artis lain. Itu Sharifah lain, ini Sharifah lain,”katanya.