fbpx

Sharifah Zarina Dikecam Gelar Netizen Kampung.Com

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perbalahan antara artis dan netizen apabila tular mesej perbualan Telegram dimana artis didakwa memperlekehkan netizen dengan menghina netizen IQ rendah serta di ibaratkan lembu di cucuk hidung.

Nampak, timbul pula isu baru apabila penyanyi Sharifah Zarina pula menggelar netizen sebagai ‘Kampung.Com’. Kenyataannya dalam satu komen di Facebook itu ternyata mengundang kemarahan netizen.

Menerusi kenyataan itu, Zarina mendakwa kebanyakan cerita di Facebook semuanya mengutuk artis. Dakwanya lagi, netizen yang mengutuk itu kebanyakannya ‘kampung.com’ dan kurang pendidikan.

Komen Zarina itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berang dengan kenyataan penyanyi itu. Rata-rata netizen mengecam Zarina dan mengatakan bahawa mereka yang digelar ‘kampung.com’ inilah yang selama ini menyokong artis Malaysia.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Zarina kemudian tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Instagramnya. Zarina berkata dia memohon maaf seandainya menyinggung hati mana-mana pihak.

Tambah Zarina lagi, dia didatangi mimpi mengenai hari kiamat dan bimbang seandainya tidak sempat memohon maaf.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf, masih ada yang mengecam penyanyi itu. Namun ada segelintir berharap Zarina belajar dari kesilapan dan jangan terlalu bangga diri dengan status artis kerana tanpa netizen mereka mungkin tidak akan berada di atas.