fbpx

Sharifah Sakinah Tak Serik Belanja Foto Mengundang

Nampaknya pelakon sensasi Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik ‘belanja’ gambar seksi selepas selesai melakukan senaman.

Seperti sudah dijangka, perkongsian foto mengenakan pakaian senaman (sport bra) itu mengundang kecaman netizen sehingga pelbagai komen membanjiri entri foto tersebut.

BACA: Sharifah Shahirah Dedah Sharifah Sakinah Tunang Gaya Barat

Tidak hanya berdiam diri, Sakinah juga dilihat tampil membalas komen-komen berkenaan dengan mengatakan sebagai lelaki mereka boleh sahaja menundukkan pandangan dari melihat perkara tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, Sakinah dilihat tidak melenting dan menerima dengan baik komen nasihat yang baik-baik daripada netizen yang mendoakan agar dia diberikan hidayah serta petunjuk untuk berubah ke arah lebih baik.