Minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan pun pun bertunang dengan kekasih hatinya, jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen.

Menerusi mStar, kakak kepada pelakon itu iaitu Sharifah Shahirah yang juga penyampai radionmendedahkan majlis pertunangan adiknya itu dilakukan mengikut gaya barat.

BACA: Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bertunang

“Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya ‘will you marry me?’.

“Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju (mereka bertunang). Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu,” katanya kepada mStar.

Kata Shahirah lagi, Sakinah kini sedang merancang majlis perkahwinannya serta menguruskan prosedur Michael untuk memeluk agama Islam.

“Semua perancangan untuk majlis itu nanti akan diuruskan oleh Sakinah, kami sekeluarga hanya akan mengikut sahaja,” katanya.

Terdahulu, Sakinah mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini bersempena ulang tahun kelahiran mereka berdua.