“Bukan Bercerai Tapi Berpisah” – Sharifah Sakinah
Hangat diperkatakan mengenai status rumah tangganya sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hensen.
Memetik Kosmo, Sakinah mengakui masih menyayangi suaminya itu namun mengambil keputusan untuk berpisah kerana sukar untuk menjalani hubungan jarak jauh selepas tiga tahun berkahwin.
BACA: Sharifah Sakinah Sahkan Mahu Bercerai
@kosmoonline Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok
? Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi
“Saya tidak cakap segala-galanya sudah berakhir. Cuma saya tidak dapat pastikan sama ada kami akan kembali bersama atau tidak.
“Saya masih cintakan dia. Cuma buat masa sekarang, lebih baik masing-masing buat hal sendiri. Mana tahu mungkin lagi 10 tahun akan datang kami akan bersama semula. Tapi jika saya sudah menemui lelaki lain, bye-bye jawabnya,” katanya.
Menurut Sakinah lagi, dia mahukan cahaya mata bersama suaminya itu namun disebabkan hubungan jarak jauh tidak boleh berbuat demikian.
Katanya lagi, Sakinah menyifatkan suaminya seorang lelaki yang bertanggungjawab. Ujarnya, suaminya mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak dan bekas isteri yang perlu ditanggung.
“Buat masa sekarang memang kami tidak boleh ada cahaya mata bersama. Ya, saya mahukan anak. Tapi kami tidak boleh memilikinya (anak) kerana faktor hubungan jarak jauh.
“Michael seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Tapi dia tidak boleh berpindah Malaysia kerana ada tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak-anaknya di Sweden.
“Kalau Michael berpindah ke sini, dia perlu bawa bersama bekas isteri dan anak-anaknya ke sini. Saya tidak mahu ‘drama’ itu,” katanya.
Sakinah turut menjelaskan status perkahwinannya bahawa mereka hanya berpisah dan bukannya bercerai, namun seandainya berjumpa dengan lelaki lain, dia akan meminta cerai.
“Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate). Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap,” katanya.
Berbelit dia ni.mental
Bukan bercerai tetapi berpisah (separate). Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai.
What the hell….
Maksudnya,mcm pasangan melayu lain .xde la kata berpisah tapi byk pasangan melayu lain yg duduk seperate, kawan aku mcm gitu.
Bila bini yg duduk asing2 tu dah ada hati kat lelaki lain atau nk sesuka hati gerak sana sini n buat keputusan dgn bebas n mudah, then derang cerai la. Senang ckp, duduk asing selagi blh. Klu dah jumpa org lain, then br buat procedure n documentation dgn mahkamah utk cerai. Ye la kan, sesetgh suami ni bermasalah, tp mungkin pasangan ni mls nak g mahkamah atau nk cover si suami ni
x kawin sah da banyak menyundal pastu seperate la. macam anjing. dorang pun seperate. x kawin. haahh
TERBUKTI ko kinahhh oiii ada penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) @ masalah tumpuan singkat!
TERBUKTI jua mat sweden tu TAK BECERAI pun dgn isteri dia yg SAH! Itulah ko kinahh mengeletis sesangt kat mat sweden tu sampai pujuk @ nasihat bekas suami & keluarga ko x ambil peduli.
Setakat muka & “perangai ADHD” ko tu mat sweden buat penyedap aja masa PKP!
X nikah kee..
nak parking untuk masa gersang sebelum jumpa pengganti
Ooo gantung tak bertali la ni … Tahniah
Nikah ke X ..pelik statement
Ladies listen up! No real man will ever want to be a woman who is still riding on a boat from another man. That real man will not be your Shining Knight Armour. Otherwise you are just gonna be bumping to useless man who are just gonna use you for useless purpose. If you want to be a wife material than be a high value Muslim woman.
“Kalau Michael berpindah ke sini, dia perlu bawa bersama bekas isteri dan anak-anaknya ke sini. Saya tidak mahu ‘drama’ itu,” katanya.
aku tak paham dah cerai apsal nak kena ikut sampai kat msia??
..sah gila sakinah ni..
…btw, listen up chicks, tulis bahasa melayu je dah la..
Dia ni kan mmg gila
Korg semua yg gila. Sibuk sgt life dia. Ambik iktibar sj la. Dia nk berpisah atau bercerai hal dia la. Yg positifnya dia tak meroyan. Tak mudah tnjuk sedih. Tak mcm korg meroyan suami nk poligami. Pdhal suami sendiri miang.
inilah dinamakan married but available