fbpx

Sharifah Sakinah Bengang Tetamu Tak Tepati Waktu Di #KLFW2018

Untuk pengetahuan sekarang rancak berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW), ramai selebriti hadir termasuk Sharifah Sakinah. Namun dalam satu muat naik di Instagram, Sakinah seperti bengang dengan sesuatu.

BACA: Sharifah Sakinah Bengang Suami Dituduh Curang

“Setakat ini saya sudah beberapa kali menghadiri KLFW, ia tidaklah meleret panjang tetapi boleh diterima akal. Kepada fashionista, VIP, social media influencers dan sesiapa sahaja dalam industri, tolonglah hormati waktu”

“Bayangkan persiapan untuk acara besar ini saban tahu. Ramai yang sudah bersusah payah selama berbulan-bulan terutama penganjur, pereka fesyen dan model. Jadi, tepati masa. Masuk ke dalam dewan cepat-cepat”

“Tak payahlah borak lama-lama, gelak-gelak, snap gambar kat hall luar. Tolong duduk sebelum acara bermula, orang nak tengok baju model, bukan baju orang yang baru nak duduk,” tulisnya di Instagram.

Ada betulnya juga kata Sakinah, tidak mudah untuk penganjur serta mereka terlibat dalam acara besar sebegitu mengikut jadual. Jadi tetamu kenalah tolong beri kerjasama, memudahkan kerja mereka. Haa tepuk! (rtky/w)