fbpx

Sharifah Sakinah & Aliff Adha Sah Bergelar Suami Isteri

Dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Shangri-La, Putrajaya pasangan Sharifah Sakinah dan pilihan hatinay Aliff Adha selamat bergelar suami isteri pada pukul 5.56 petang sebentar tadi.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Pasangan ini dinikahkan oleh ayah Sakinah Sakinah, Syed Abu Bakar dan pengantin perempuan kelihatan anggun mengenakan busana jenis kurung moden rekaan pereka fesyen terkemuka Nurita Harith.

Bercakap kepada portal Pepatung, Sharifah Sakinah meluahkan rasa bersyukur selepas semuanya berjalan lancar dan kini sudah bergelar isteri lagi lagi selepas dinikahkan sendiri oleh ayahnya.

Menginspirasikan tema ala taman (garden wedding), kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir turut mengenakan busana berona putih. Pada majlis tersebut, Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Uniknya, kesemua tujuh dulang itu mengandungi tujuh pasang kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Manakala, Sakinah membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Diacarakan oleh kakaknya, Sharifah Shahirah, majlis pada petang itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan artis. Antaranya Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al-Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shilla. (rtky/m)