fbpx

Sharifah Rose Akui Salah Sentuh Pelakon Lelaki

Pelakon yang kini meningkat naik, Sharifah Rose mengakui kesilapnya melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki apatah lagi ia merupakan isu sensitif.

Memetik Astro Gempak, Rose menyifatkan dia melakonkan babak mesra bersama lelaki sebagai menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon sahaja serta masih tahu menjaga batas sebagai seorang wanita bertudung.

Menurut Rose lagi, di awal penggambaran dia sudah memaklumkan kepafa pengarah dan produser untuk mengelakkan diri daripada melakonkan babak mesra atau sensitif.

Pada awal penggambaran saya ada memberitahu pihak produser dan pengarah, jika ada babak mesra atau sensitif, selagi boleh elak, akan elakkan.

“Tetapi, kalau babak itu perlu bersentuhan, contohnya saya pengsan dan dia (pelakon lelaki) perlu angkat dan tolong saya, mungkin ia tak dapat dielakkan,”katanya.

Bagaimanapun, Rose mengakui babak bersentuhan agak sensitif bagi sesetengah netizen serta dia tidak menegakkan benang yang sudah basah kerana yang salah tetap salah juga.

“Saya pelakon, itu tangunggjawab sebagai seorang pelakon. Bukan nak kata saya tak kisah sangat, tapi masih tahu ada batasnya juga.

“Daripada itu saya belajar sesuatu juga untuk menjadi pelakon lebih baik,” katanya.