Tahniah diucapkan buat pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail yang selamat menimang cahaya mata sulung, bayi perempuan pada 14 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Da’i Syed meluahkan rasa syukur diatas kelahiran zuriat sulungnya itu yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
BACA: Da’i Syed Tuntut Dua Wanita Fitnahnya Bayar Ganti Rugi RM1 Juta
View this post on Instagram
Da’i Syed turut berkongsikan isterinya yang juga personaliti televisyen itu bersalin secara normal serta memohon orang ramai mendoakan kebaikan buat keluarganya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan dan pengikut yang mengucapkan tahniah serta mendoakan Fatma menjadi anak yang solehah.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.