fbpx

Da’i Syed Tuntut Dua Wanita Fitnahnya Bayar Ganti Rugi RM1 Juta

Pendakwah selebriti Da’i Syed menuntut RM1 juta terhadap dua wanita yang didakwa memfitnahnya sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya.

Memetik mStar Online, menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Da’i Syed semalam, pampasan itu adalah sebagai ganti rugi untuk gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah berkenaan.

BACA: Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pemfitnah Ketika Berjalan Dengan Isteri

Dalam kenyataan itu juga, turut menuntut video yang mengaitkan namanya yang telah dimuat naik di media sosial dipadam.

Pendakwah itu turut menuntut permohonan maaf bertulis daripada kedua-dua belah pihak bagi membuktikan penyesalan dan rasa insaf atas perbuatan fitnah itu.

Bagaimanapun, permohonan maaf yang dibuat perlukan dipersetujui terlebih dahulu oleh Syed sebelum dimuat naik di media sosial kedua individu berkenaan.

Bukan itu saja, Syed turut menuntut aku janji bertulis daripada dua wanita tersebut agar tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa akan datang.

“Satu jaminan keselamatan bertulis daripada pihak kamu bahawa kamu, ahli keluarga, waris atau mana-mana ejen yang mempunyai perkaitan dengan kamu. 

“Tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman hidup anak guam dan keluarga pada masa akan datang,” tulisnya.

Dalam pada itu, jika tiada tindakan dibuat mengikut tempoh ditetapkan pihak Syed bakal meneruskan tindakan undang-undang sivil terhadap individu berkenaan.