fbpx

Sharifah Amani Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh

Sebut sahaja nama pelakon Sharifah Amani, pasti ramai mengenali pelakon berbakat besar ini. Malah, Amani juga antara selebriti yang lantang bersuara memberi pendapatnya di media sosial dalam sesuatu isu.

Baru-baru ini, menerusi Twitter Sharifah Amani meluahkan rasa terkilannya terhadap penangkapan selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh yang didakwa telah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

BACA: Isu Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Cari Pasal

Menerusi perkongsiannya itu, pelakon itu mempersoalkan tindakan pihak polis yang membawa Patrick Teoh keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika penularan COVID-19. Malah, Amani berkata usia Patrick yang mencecah 73 tahun tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.

Status pelakon tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang bersetuju dengan kenyataannya itu. Malah, ada dikalangan netizen ‘mengajar’ Sharifah Amani tentang undang-undang.

Kata netizen lagi, pihak polis hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja dan meminta pelakon tersebut tidak masuk campur dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Patrick di reman atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor. Difahamkan, Patrick dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman lima hari berakhir semalam.