fbpx

Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Kecam Fizi Ali

Pelakon Shakilla Khoriri meminta netizen tidak mengecam bekas suaminya, Fizi Ali diatas isu berlaku melibatkan anak perempuan tunggal mereka.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shakilla turut meminta mereka diluar sana hormat dengan apa yang sedang berlaku serta tidak perbesarkannya kerana mereka sedang usaha untuk selesaikannya.

BACA: Shakilla Khoriri Bergegas Pergi, Dijemput Balik Dengan Kereta BMW

“Saya faham kadang-kadang emosi itu tidak menentu dengan apa yang berlaku sekarang ini tapi saya minta kalian untuk tidak berkata perkara tidak baik.

“Tidak menulis yang bukan-bukan pada siapa-siapa terutama kepada daddy Ameena Sofia.

“Saya minta maaf cakap tentang benda ini tapi sila hormat apa yang sedang berlaku dan saya minta untuk tidak perbesarkan isu ini kerana biarlah kami bertiga saja yang lalui,” katanya.

Dalam pada itu, Shakilla turut meminta tidak mengeluarkan kata-kata berbaur negatif serta mendoakan yang baik-baik saja untuk urusan mereka.

Terdahulu, Shakilla dan Fizi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses sulh hak penjagaan anak mereka namun gagal mencapai kata sepakat.