fbpx

Shakilla Khoriri Bergegas Pergi, Dijemput Balik Dengan Kereta BMW

Pelakon Shakilla Khoriri dilihat bergegas pulang dan enggan memberikan komen selepas tamat prosiding Sulh hak hadanah anak perempuannya, Ameena Sofia.

Memetik Oh Bulan, Shakilla sempat memohon maaf kepada pihak media sebelum bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah.

BACA: “Saya ‘Block’ Fizi Sebab Ada Campur Tangan Isterinya” – Shakilla Khoriri

Shakilla turut ditemani seorang individu yang memandu kereta mewah jenis BMW berwarna hitam.

@ohbulanofficial

Replying to @Aisha Rahmat433 Syakilla Khoriri tidak memberi apa-apa komen tentang kes hadanah hari ini ??#ohbulan #fyp #news #keshadanah #syakillakhoriri

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

“Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit. Maaf korang, sorry bye-bye semua. Sayang, thank you so much,” katanya.

Dalam pada itu, bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali bertanyakan kepada pihak media mengenai individu yang hadir bersama aktres itu ke mahkamah.

“Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa. Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri,” katanya.

Terdahuli, Fizi terkilan apabila prosiding sulh hak hadanah anaknya tidak mencapai kata sepakat dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.