fbpx

Shakilla Khoriri Menangis Anak Dah Pandai Tinggi Suara

Pelakon Shakilla Khoriri menerusi satu perkongsian meluahkan rasa sedih anaknya, Ameena Sofia sudah mula meninggikan suara apabila bercakap dan agak kasar.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Shakilla turut berkongsikan apa yang berlaku itu membuatkan dia mengalirkan air mata. Bagaimanapun, Shakilla berkata dia tidak mahu mencari punca daripada pergaulan dengan rakan-rakan atau sesiapa pun.

BACA: “Jangan Paksa Saya Buka Pekung Semua Yang Terlibat” – Shakilla

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Katanya lagi, sebagai ibu dia yang sepatutnya mencari solusi bagaimana untuk mengajar anaknya itu agar tidak lagi berbuat demikian serta mengakui berat apabila anak semakin membesar.

Menurut Shakilla lagi, dia tidak pernah meninggi suara kepada Ameena namun anaknya itu sudah meminta maaf kepadanya dan berharap akan ingat perkara itu sampai bila-bila.

Lebih sebak, Shakilla berkata dia akan rindu momen bersama anaknya ketika kecil namun dia sedar apabila sampai waktunya nanti dia ‘terpaksa’ melepaskannya. Sebak pula baca perkongsian Shakilla, semoga keluarga ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.