fbpx

“Jangan Paksa Saya Buka Pekung Semua Yang Terlibat” – Shakilla

Umum mengetahui, pada Sabtu lalu pelakon Shakilla Khoriri selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati bernama Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

Namun, baru sehari mendirikan rumah tangga, namun netizen mengorek kisah silam suami dan bekas isterinya sebelum ini sehingga tular di media sosial.

BACA: Shakilla Khoriri Kurang Selesa Majlis Nikah ‘Diceroboh’ Orang Luar

Tampil bersuara, menerusi perkongsian di TikTok, Shakilla menasihati orang ramai yang tidak menjaga tepi kain orang dan dia tidak teragak-agak mendedahkan kisah sebenar yang akan menjejaskan banyak pihak.

“Sibuk betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang, yang bersembunyi di sebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk ‘spill the tea’. Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam.

“Reda dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik. Kita semua tahu kebenaran cerita kita, jadi cukup!,”  tulisnya.

Sementara itu, Shakilla berkata jika mahu bercerita pastinya perkara benar yang akan didedahkan. Katanya lagi, kegagalan sebelum ini sepatutnya dijadikan pengajaran dan tidak sepatutnya libatkan anak-anak diatas kesilapan ibu bapa

“Nak bercerita atau nak satu Malaysia memihak pada kamu silakan tapi ceritalah perkara sebenar. Ceritakanlah kesalahan dan kegagalan kita sendiri dahulu atau berdiam dan kita sama-sama muhasabah diri.

“Jangan seronok sangat kalian menari bertepuk tangan. Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. Janganlah paksa saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang terlibat.

“Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa. Tepuk dada tanya selera,” tegasnya panjang lebar.