Shakilla Khoriri Cemas Anak Digigit Semut

Pelakon Shakilla Khoriri berkongsikan detik cemas apabila anak perempuannya, Ameena Sofia yang tiba-tiba menjerit gara-gara digigit semut.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shakilla berkata jantungnya seakan-akan mahu tercabut malah sempat berseloroh mahu bermusuh dengan satu keturunan semut.

BACA: Dituduh Skandal Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka

@shakillakhoriri

Rasa nak tercabut jantung masa ni. Camera girl kena gigi semut macam kena apa dah dia punya panic. Masa ni aku dah macam nak bermusuh dengan satu keturunan semut sebab gigit anak aku. Tapi bila fikir balik sekarang, bodoh punya fikiran, gara-gara seekor semut, seketurunan semut dapat padah. ?

? original sound – SHAKILLA KHORIRI – SHAKILLA KHORIRI

“Rasa nak tercabut jantung masa ni. Camera girl kena gigi semut macam kena apa dah dia punya panik. Masa ni aku dah macam nak bermusuh dengan satu keturunan semut sebab gigit anak aku.

“Tapi bila fikir balik sekarang, bodoh punya fikiran, gara-gara seekor semut, seketurunan semut dapat padah,” tulisnya.

Perkongsian Shakilla itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami situasi dilalui pelakon itu sebagai ibu meskipun anak hanya digigit semut.

Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia kini berusia empat tahun.

×