fbpx

Pelakon Shakilla Khoriri berkata dia tidak pernah menghalang anaknya Ameena Sofia untuk bertemu dengan bapanya, penyampai radio Fizi Ali.

Memetik Harian Metro, Shakilla berkata dia tidak berpuas hati dengan komitmen diberikan Fizi sebagai bapa kepada anak mereka itu serta mendakwa Fizi yang menghilangkan diri.

BACA: Fizi Ali Hilang Sabar, Dakwa Shakilla Khoriri Ada Kekasih Sebelum Bercerai?

“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib.  Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya.

Sementara itu, Shakilla tidak menafikan bahawa dia menyekat nombor telefon Fizi namun dia mempunyai alasan tersendiri serta mendakwa ada campur tangan isteri kepada bekas suaminya itu.

“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ (sekat) sebab ada campur tangan isterinya. Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.

“Sebab ‘block’ saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” katanya.

Dalam pada itu, Shakilla menafikan dakwaan Fizi ada da menghubunginya banyak kali selepas tidak dapat bertemu anak serta dia mempunyai bukti.

“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul. Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana.  Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya.