fbpx

Shahz Jaszle Syukur Isteri Tak Cemburu Rapat Dengan Heroin

Sebelum ini menyepi seketika ketika namanya berada di puncak, pelakon Shahz Jaszle berkata dia lebih memilih privasi dalam kehidupannya dan kerana dia sudah berumah tangga.

Memetik Melodi, Shahz berkata dia tetap berlakon seperti biasa dan kini kembali membuat comeback serta berjinak dalam perniagaan.

BACA: Shahz Jaszle Bakal Timang Anak Kedua

“Sebenarnya sebab saya dah berumah tangga, anak pun dah dua. Saya lay low lah, life pun berubah. Basically, saya lebih kepada family, more to private life. Berlakon tetap macam biasa tapi more to private life, tak lepak luar, no more social life.

“Sekarang tengah buat comeback, dari segi shooting, alhamdulillah, dan saya juga ke arah perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahz turut meluahkan rasa syukur isterinya Hanis Husna tidak cemburu serta memahami setiap kali dia bergandingan dengan mana-mana aktres, malah tiada masalah untuk lepak bersama.

“Saya tak rasa risau, kebanyakan pasangan gandingan saya isteri saya kenal, kami memang kawan, bila keluar, lepak sekali pun tiada masalah.

“Alhamdulillah, isteri saya tak cemburu, satu perkara yang perlu tahu, nak jaga perhubungan itu adalah dengan tidak berselindung mesej atau selindung kata kunci. Isteri saya ada kata kunci telefon saya, jadi benda itu tiada nak sorok.

“Ada juga orang bertanya isteri saya tak cemburukah kalau saya bergambar bersama peminat, isteri saya tak kisah tentang itu, alhamdulillah dapat seorang isteri yang sangat memahami. Dia tak mengongkong langsung sebab dia suruh saya cari duit lagi ada lah,” katanya,