fbpx

Shahz Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Dilabel Penyondol

Pelakon Shahz Jaszle mengakui simpati dengan pelakon jelita Sophia Albarakbah yang dilabel penyondol oleh netizen.

Memetik Harian Metro, Shahz Jaszle berkata Sophia pernah menghubunginya dan isteri untuk mengadu susulan dituduh macam-macam oleh netizen.

BACA: Sophia Albarakbah Kesal Dituduh ‘Penyondol’ Rumah Tangga Selebriti Terkenal

“Dia agak sedih dan pernah hubungi saya dan isteri kerana orang tuduh dia itu ini. Saya ada nasihati dia dan minta dia supaya tak layan benda itu.

“Pada saya sekiranya tak buat, dia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki padanya sebab dia cantik. Tapi saya tahu dia kuat dan dia kerja keras untuk kerjayanya,”  katanya.

Dalam pada itu, Shahz Jaszle menegaskan gelaran penyondol itu terlalu keras buat Sophia. Malah, aktor itu mengakui kelembutan dan kecantikan Sophia boleh mencairkan hati mana-mana lelaki.

Tambahnya lagi, sebagai lelaki yang sudah berkahwin dia tiada masalah ketika bekerjasama dengan Sophia kerana apa yang penting perlu tahu status diri.

“Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah bekerjasama dengan Sophia. Saya tiada sebarang masalah dengan dia pun walau sudah berkahwin.

“Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.

“Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status dan di mana kita berada.

“Sophia wanita yang lemah lembut, kelembutan dia  itu memang boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka pada mereka tapi sebenarnya memang sikap dia begitu,” katanya.