Zubir yang semakin advance atau kami yang tertinggal kereta api?

Ini kisah & gambar yang kami cedok dari tulisan Zubir dalam BiPop sisipan hiburan Berita Harian hari ini.


Shahz Jaszle & Maria Farida di’katakan sudah putus cinta, lagi.

Menurut Zubir, Shahz Jaszle telah mengirimkan satu SMS buat Maria Farida untuk memutuskan hubungan cinta mereka. Sangat lelaki ‘kan?

Punca’nya di’katakan Maria Farida bengang dengan hubungan intim Shahz Jaszle bersama Neelofa yang menjadi heroin beliau dalam filem Azura 2011.

Watak Zack & Azura dalam filem itu menuntut mereka untuk bercinta dan ini menimbulkan perasaan antara Shahz Jaszle & Neelofa sendiri sehingga ke luar lokasi pengambaran.

Maria Farida juga di’katakan telah menolak tawaran untuk menyambung watak dalam drama Asmara 2 yang turut di’bintangi oleh Shahz Jaszle. Makan dalam kakak kita.

Sebagai rekod untuk anda, hubungan cinta antara Maria Farida & Shahz Jaszle pernah berantakan gara gara kisah lelaki macho ini berkucupan mesra dengan aktress lain di hadapan wartawan.