fbpx

Shahz Jaszle Bertunang 8 Disember 2012

Malam ini, akan berlangsungnya majlis Anugerah Industri Muzik ke 19 dan sementara itu, mari layan kisah hiburan untuk mengisi waktu lapang Sabtu anda. Heh.

Kalau anda masih peduli, pelakon Shahz Jaszle hari ini telah mengesahkan yang beliau bakal bertunang dengan pilihan hati Redzwani Puteri pada 8 Disember 2012 ini.

Jika ada yang keliru dan mengatakan pasangan ini sudah pun bertunang, majlis pada 15 Julai yang lalu hanyalah adat merisik & pasangan ini memang serius untuk hidup bersama.

Laporan Berita Harian hari ini juga ada menyebut yang tarikh perkahwinan pasangan ini masih belum di’ketahui. Tahniah & semoga berbahagia dengan hubungan kalian. Heh.

UPDATE-1 (8 Dis): Menurut jurugambar rasmi untuk majlis pertunangan pasangan ini, Shahz Jaszle & Redzwani telah pun selamat mengikat tali pertunangan — kita doakan hubungan mereka akan ke jinjang pelamin dan selamanya. Heh.

Kredit Gambar: The Photolicious