Shahrulezad Puji Mizz Nina Tak ‘Londeh’ Aib Rumah Tangga
Pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat memuji Mizz Nina yang disifatkan bijak menangani masalah rumah tangga tanpa membuka aib sesiapa.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Shahrulezad memberikan pendapatnya golongan selebriti tidak perlu membuka aib meskipun berdepan kemelut rumah tangga.
BACA: Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suami
“Mizz Nina juga yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahu kan tanpa melondehkan aib masing-masing di depan kita semua,”tulisnya.
Dalam pada itu, Shahrulezad berkata tindakan Mizz Nina itu juga sekaligus tidak membuatkan netizen turut sama terpalit dosa.
Perkongsian Sharulezad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan matang Mizz Nina serta mengatakan itu yang membezakan antara orang yang berilmu dengan tiada ilmu.
Terdahulu, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi satu kenyataan di Instagram masing-masing pada 4 Ogos tahun lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
takde anak senang lah cakap…
penyokong PS mana boleh terima orang puji mizz nina dan compare kan mereka ni. ada je alasan nak back up PS. hahaha
erra fazira juga ada kelas…2x cerai..putuus tunang & break up ngan bf pun takde kecoh2..ne baru Ratu
betul, Miss.N dari dulu, dari zaman dekat luar negara, sampai ke sekarang, behave je.
kontroversi pun dari suami je.
Tapi nitizen pun, tolong bijak ye.
kalau dedua bagi kerjasama, benda tak payah buka aib pon. Settel.
selain miss.Nina, Vanida imran, Aflin Shauki, Syarifah Sakinah, Shila Hamzah, ini juga antara yang tidak membuka aib. Sekian.
menggelupur la die hard fan ps baca. tak tau nak cakap apa. malu, rasa terhina, down, nampak bodoh dan mcm2 lagi… maklum la, idola termakan cili, panas weiii… hahaha… betul cakap budak ijat.. setuju 100%.
Yg buka aib tu kes senang selesai ke…lagi rumit adeler..x blh jd contoh baik langsung..memalukannn..
berbeza ye kawan2
suami ceraikan…. kes close
isteri mintak cerai…. suami xnk… kes berlanjutan…aib tersebar…sampai ble2 pn habis…..
tak kisahlah la macam mana pun keadaan atau situasi sesuatu masalah itu, ianya tentang bagaimana kita react terhadap perkara/ masalah tersebut.
Sharul ezad bapok kaki rhinoplasty murahan nampak cam si lebur sosilawati dah Tu idung kemek ko operate tak jadi haha Sian melayu hidung penyek kembang ni
saya nak komen sikit, bab aib,
abang saya dan ex wife nya, bercerai,
di mahkamah, tiada istilah aib.
AtoZ kena cerita, bukan saja didepan hakim, tetapi di dalam bilik yang terdapat orang lain jugak (yang mahu bercerai)
abang ada cerita, dia sempat jugak dengar kes orang lain. Ada yang sebab logik dan ada jugak tak logik.
Tapi bila hubungan da tak boleh nak selamat, jadi lepaskan.
Untuk kes PS dan SY, mereka tahu hubungan tak boleh diselamatkan, tapi ego dan perangai menguasai diri.
Untuk shahrulezzat, bukan istilah aib atau siapa lagi ada kelarsssss…
dia lebih kepada tanggungjawab, perangai, dan tujuan.
akhir kata, selagi tak kena, selagi itu tak merasa , ye idokkk..
sekian
Entah.rasa ok je.sebab kes PS dan Mizz Nina ni berbeza. Xrasa pun Ps ni memalukan.dan X rasa pun fan ps menggelupur..
Digimon..buka aib kt mahkamah itu normal..sbb trpaksa cite semua a to z..xd istilah buka aib disitu..tp klau sibuk mencanang cite curang suami n skandal sampai siap bg tau suami berzina kpd public @ media sosial itu mmg buka aib..sdgkn dosa suami brzina itu dosa dia dgn Allah,isteri xde hak canang kt medsos ..sbb tu hal rumah tangga ni x blh cite kt org luar..ada masalah kn selesaikan ikut saluran yg betul..kecualilh klau kt malaysia ni xde mahkamah syariah..Allah x pndang permulaan hidu kita,tp Allah tgk pengakhiran kita..jgn rs diri kita ni baik sgt sampai st dosa pun kita x pernah bt..jgn brgembira sbb brjaya menjatuhkan air muka org yg kita x suka ..jgn rs bahagia sgt bila rs semua org sokong kita dgn sbb kita burukkan suami sendiri..seburuk2 suami kita dia ttp ayah pd ank2 u..dlm jahat dia x kan xde langsung kebaikan yg dia bt pd u..Allah mh melihat lg maha mendengar..Allah x tidur
Ok..dia mcm ni
Mana2 kes yg tak londeh kan kain masing2 tu sbb masing2 bagi kerjasama
Mohon pd mahkamah utk bercerai & masing2 bersetuju tanpa ada bantahan/tidak setuju
Jadi hakim terus putuskan utk mengesahkan penceraian
Jadi xde kes masing2 nak menang
Kirana..kes sy dulu suami x bg kerjasama jgk..tp sy bt ikut prosedur mahkamah tanpa perlu buka aib suami pd keluarga @ org luar..kes sy selesai selepas jkp x berjaya ..jd hakim arahkn suami lafazkn cerai dlm mahkamah..sampai skrang ibu dn keluarga x tau sbb apa sy mohon cerai..sy x nk bk aib suami walaupun sy ada bukti dia curang dgn isteri org ..kes selesai tanpa memalukan sesiapa .
Betul tu abah. Ada beza bercerita di mahkamah dan bercerita di media sosial. Itu pun tak boleh beza ke? Bukan masalah selagi tak kena selagi itu tak merasa. Ramai lagi yang ada masalah yg lagi besar, lagi teruk tapi boleh handle dgn matang.