fbpx

Perkongsian bekas pelawak Shahrol Shiro menjadi perhatian apabila dia dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) 2022/2023.

Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Shahrol mengakui tanggungjawab yang digalas selepas mengangkat sumpah sangat berat namun akan berusaha bersama menteri untuk memberi manfaat kepada penduduk Kluang.

BACA: Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol, Geli Dipanggil Sahabat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Tangan kita ringan semasa mengangkat sumpah tetapi tanggungjawab dan amanah yg dipikul amat berat.

“Semoga barisan ini dapat bergerak bersama memberi manfaat penduduk Kluang.Kepada Allah kita berserah,” tulisnya.

Memetik Utusan Online, Shahrol berjanji akan berusaha menangani isu gangguan gajah liar di sekitar Kluang walaupun isu tersebut sudah lama terjadi.

“Walaupun sudah lama berlaku kejadian seperti ini, namun masih belum ada tindakan konkrit dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk syarikat yang bertanggungjawab membina kawasan kediaman ini.

“Jika sebelum ini kumpulan gajah berkenaan hanya mengganggu tanaman yang ditanam di pinggir kawasan kediaman berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini gajah sudah berani untuk masuk lebih dekat ke rumah penduduk.

“Apa yang dibimbangi adalah sekiranya ada provokasi daripada penduduk akan menyebabkan kumpulan gajah berkenaan marah dan mungkin boleh mengakibatkan keadaan lebih buruk termasuk kematian,” katanya.