Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol, Geli Dipanggil Sahabat
Susulan isu terpalit penyampai radio, Fizi Ali, ianya turut mendapat perhatian pelawak Shahrol Shiro yang meminta stesen radio Suria FM lebih profesional.
Perkongsiannya itu juga kurang disenangi oleh rakan yang juga ahli kumpulan Shiro iaitu Ajak Shiro yang mempersoalkan tindakan Shahrol yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.
BACA: Shahrol Shiro Minta Stesen Radio Profesional, Komen Ajak Jadi Perhatian Ramai
Komen Ajak itu dibalas balik oleh Shahrol yang menyentuh mengenai pengundurannya membuka rezeki kepadanya ke Suria FM selepas berkhidmat di Hot FM.
Memetik mStar Online, Ajak menyifatkan kenyataan Shahrol yang menyentuh mengenai pengundurannya memberi laluan rezeki buatnya disifatkan sebagai orang yang sombong.
Ajak berkata dia sudah bertahun-tahun tidak dihubungi atau berkomunikasi dengan rakan sekumpulannnya dalam Maharajalawak itu.
“Tapi bila dia komen kemunduran dia menjadi asbab rezeki kepada saya dan keluarga , saya rasa ayat dia tu seperti anggap diri dia Tuhan. Ini adalah ciri-ciri orang yang sombong bila rasa diri dia terlalu berguna,” katanya.
“Hakikatnya, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dapat offer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan deorang minta maaf saya tak mampu nak join Suria sebab kalau keluar gambar Shahrol, letak gambar saya dia tak cantik,” katanya.
Kata Ajak lagi, dia menerima tawaran daripada Suria FM sebaik sahaja keluar dari stesen radio yang lama namun memilih untuk menganggur demi sahabatnya itu.
“Sedangkan saya tak perlu fikir pun masalah dia. Tapi fikir pasal dasar sahabat, saya pilih menganggur Shahrol daripada ambil tempat awak.
“Awak jangan rasa ini tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dah diduduk oleh Fara Fauzana, ada lagi nama orang lain, selepas itu baru saya masuk.
“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.
“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.
Menerusi temubual itu, Ajak memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita lama kerana tidak mahu lagi dipijak dan dia bukan lagi budak kecil yang boleh dipermainkan.
“Minta maafla saya terpaksa buka semua ni, tapi rasanya tak perlulah saya hormat orang yang dah pijak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. saya cakap cukuplah sampai disini sahaja.
“Shahrol, cukuplah bagi jawapan pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil. Dulu mungkin 25 26 saya diam. Sekarang saya dah 37 tahun saya perlukan ketenangan tu semua. Jadi saya nak nasihat awak semua janganlah sanjung kaduk dah naik junjung ni. Fikir-fikirkanlah,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Alah2 ko ni DJ lin yg x professional pertikai benda yg xde kena mengena dgn kontrak dan kerja tp yg ko pulak yg nak sentap nape Ajak tiber je nk berangin pd Syahrol nape ni?! Kot te korg dulu ada x puashati psl payment ke sailang job ke xkan baru skang nk up kisah dulu2?!
Alah aku tgk dua2 tak matang. Masing2 umur dah nak 40 tapi masing2 up diri masing2. Kalau betul bersahabat dgn ikhlas. Xdenye masing2 nak up camni. Ni dua2 jenis nk up diri memasing. Dua2 tak matang.
Bab duit xde kwn, adik beradik pun putus sedara, famili pun gaduh. Ni la pulak partner zmn lawak atau geng keje!
kak nom, sahabat tu manusia jugak. sbb dia hormat la ajak masih cool diam. sabar diam sabar diam lama2 meletop jugak lah dia bila shahrol stb back dia. dia lepaskan germm marah tu bkn sbb fizi kan… sbb shahrol ckp “dia berundur dari suria, utk beri rezeki pd ajak masuk suria. utk anak bini. mana ajak x ngamuk.
CARA AJAK BERBUAL LEBIH TELUS DARI SI KUEH DADAR..
SI KUEH DADAR MASUK POLITIK.. ABIS LER … LAGI SARKIS POLITIK.. JANJI MASYUKKKKKKK KEPOK2
UDAH2 LAH MELAGA2…
BAWAK ISTGHFAR MENGUCAP…
Dua2 Jenis jantan kuat sentap…
Kuat mencapub..nak tunjuk sape hebat ker
Makin tua makin x senonoh memasing
Si shahrol ni skg sume isu dia nk jd juara..tu yg ajak kata kaduk naik junjung..dulu ok aje low profile tp sejak.join politik dia jd belagak pulak.macam dia je yg betul..ni le jenis org yg suka carik gaduh..
Aku setuju dgn ko.
Ajak nie baik….sntiasa hormat org….tpi shahrol nie asyik nak hentam org je lagi2 sejak join politik….
dari dulu lg menyampah dgn si sharol ni.. acah2 jek.. dgn sume org dye nk buat hal mcm bagus..
holi syeeeetttttttttt
aku setuju dgn Ajak kali ini dan aku faham keadaan yg dia maksudkan sbb aku pernah berada di situasi dimana kita betul2 jaga persahabatan..tiba2 dlm bbrp tahun , kawan yg makan kawan dari belakang tanpa disedari dan bercakap mcm soal rezeki kita byk disebabkan dia…padahal dia yg byk cakap belakang n dengki dgn kita. aku da rasa da.. tp Ajak dah tak tahan tu.. aku masih pendam.. masih nak berkawan sbb kasihan takde sapa nak kawan dgn kawan ku tu.. tp tak rapat mcm dulu aar.. geli..cakap pun mcm babi boleh terbang. semua nak dia je betul sedangkan semua bohong belaka. sapa yg back up shahrol tu..confirm sbb perangai sama mcm shahrol.
Kalau netijen layan rancangan di tv warna, alahh game mcm berdebat ramai pelawak. Perghh AJAK punya mulut abis laser puaka brooo..si pelakon prmpuan selalu kena Bahan/kutuk dgn si Ajak.
Aku tak sokong sape2 coz mulut Ajak sejenis PUaka jugekkk!
ajak..…?mmmm
Kejar dunia akhirat kita 0 dan BLM pasti kita dapat dunia ni,
Kejar akhirat dunia Kita dapat akhirat kita dapat insyaallah….
Buat lah apapun janji kerana Allah,insyaallah…….. Moga ada sesuatu yg bermanfaat
Bkn nk backup si Sharul tp apa dia ckp tu ada asas pun, DJ lin tu majikan bila dia ckp terpaksa keluar modal balik utk reshoot iklan yg dah rakam kononnya ingat Fizi akan stay pd hal dia tau yg kontrak dah tamat mmg pelik laa. Bila Ajak bukak pekung Sharul sebab sentap konon apa yg Sharul ckp tu sindir dia bg aku nmpk sngt yg Ajak ni yg pendendam. Dia x payah nk terasa atau nk sentap pun kalau dia x busuk hati atau berdendam dgn Sharul. Sbb isu itu x nmpk sapa buruk sapa baik pun. Tp bila Ajak bukak keburukkan perangai Sharul semua org nmpk yg Ajak ni sebenarnya x boleh pakai, itu maknanya keburukkan org lain pun dia boleh bukak bila dia bengang dgn org tu!!!
Satukan mereka bukan laga lagi..saudara seIslam semua kita..