fbpx

Shahir Tunang Bulan Depan, Erra Fazira Ucap Tahniah

Sebelum ini mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi Shahir, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengucapkan tahniah buat sahabatnya itu yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Memetik Harian Metro, Erra yang masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas kekasihnya itu berkata dia ada menghubungi Shahir.

BACA: Dua Bulan Kenal Calon Isteri, Shahir Rancang Kahwin Tahun Depan

“Saya ada menghubunginya sebaik saja menerima perkhabaran gembira itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Erra berkata dia yakin Shahir sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga. Ujarnya lagi, meskipun tidak berjodohan dia masih baik dengan penyanyi itu.

“Semestinya saya teruja dan gembira apabila terbaca berita gembira itu. Lantas saya terus menanyakan kepadanya dan dia menceritakan sepenuhnya kepada saya.

“Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lama, yang mana biarpun tidak berjodoh, namun tidak bermasam muka. Apabila mendengar khabar baik mereka, semestinya kita turut gembira,” katanya.

Terdahulu, Shahir memaklumkan bakal melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya pada pertengahan Julai ini.

Tambahnya lagi, dia dan pasangan merancang untuk berkahwin tahun ini. Ujarnya lagi, bakal isteirnya itu bukan di kalangan orang industri.