fbpx

Dua Bulan Kenal Calon Isteri, Shahir Rancang Kahwin Tahun Depan

Penyanyi Shahir memaklumkan dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan wanita yang baru dikenalinya dua bulan lalu.

Memetik mStar Online, Shahir berkata meskipun perkenalannya dengan calon isterinya itu namun dia selesa dengan wanita tersebut.

BACA: Shahir Tak Terkejut Gosip Erra Fazira Isteri Kedua Ahli Politik

“Kami baru saja berkenalan dan hubungan kami berjalan lancar. Saya selesa bersama dia dan kami sama-sama mahu ke fasa seterusnya.

“Memang tidak jangka akan berkahwin tetapi saya anggap usia sekarang ini sudah sesuai untuk menuju ke arah itu. Insya-Allah paling cepat tahun depan.

“Aturan Allah kita tak tahu, mungkin lebih cepat lagi. Setakat ini belum ada tarikh, hanya merancang sahaja,” katanya.

Tidak mendedahkan identiti wanita itu, Shahir berkata calon isterinya itu bukan dikalangan dalam industri seni dan akan berkongsikan berita gembira itu apabila tiba masanya nanti.

“Dia boleh faham dengan perjalanan dunia seni dan boleh sesuaikan diri. Semestinya jika sudah dekat tarikh kahwin nanti saya akan beritahu kepada semua. Tidak mahu pula timbul fitnah jika ada nampak saya bersama seorang wanita,” katanya.