fbpx

Shahir Nikah 2 September Ini 

Selepas mengikat tali pertunangan dengan gadis pilhan hati, Jaskin Jaludin pada 16 Julai lalu, penyanyi Shahir Zawawi mengumumkan bakal bernikah pada 2 September ini.

Memetik Harian Metro, Shahir mengakui berdebar untuk melalui fasa alam rumah tangga apatah lagi bakal menjadi ketua keluarga.

BACA: Shahir Bertunang Hari Ini, Gadis Tawau Jadi Pilihan Hati

“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.

“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir memberitahu segala persiapan sudah dilakukan meskipun dalam tempoh ang singkat serta mendoakan agar majlis pernikahan dipermudahkan.

“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni. Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada 3 September di lokasi sama acara pernikahan iaitu di Subang Jaya.