fbpx

Shaheizy Sam Tidak Mahu Kahwin Di Hotel Mewah

Seperti diduga, Shaheizy Sam masih lagi berahsia mengenai siapakah bakal isterinya namun dalam masa yang sama mengakui bahawa pelakon Syatilla Melvin merupakan antara wanita paling rapat dengannya ketika ini.

BACA: Shaheizy Sam Akui Jodoh Sudah Dekat, Rahsiakan Bakal Isteri

“Saya akui Syatilla memang rapat dengan saya dan keluarga. Kami kenal sejak enam tahun lalu dan dia pernah menyertai keluarga saya sebelum ini. Itu bukan perkara asing kerana bekas teman wanita saya sebelum ini pun pernah mengikuti percutian kami sekeluarga kerana rapat dengan kakak saya, Zizie Izette”

“Ibu saya juga tidak kisah kalau ada rakan artis yang rapat dengan anak-anaknya turut serta dalam percutian kami. Tiba masa, saya pasti menguar-uarkan berita baik ini kepada semua. Terus terang, Saya tidak mahu buat majlis di hotel mewah”

“Sebaliknya memilih tempat terbuka seperti padang yang besar supaya semua peminat dapat sama-sama meraikan majlis perkahwinan saya nanti. Tanpa peminat, saya mungkin tidak berada pada tahap sekarang. Selain keluarga, merekalah tulang belakang saya,” katanya kepada Harian Metro.

Semoga apa yang diinginkan Sam bakal menjadi kenyataan. Pastinya nanti meriah padang besar tersebut dengan peminat Sam yang mahu turut sama menyambut hari bahagia pelakon tersebut. (rtky/s)