Shaheizy Sam kini bagaikan aset dunia hiburan Malaysia. Jika sesebuah produk itu tampalkan wajah beliau, pasti laris.

Tidak datang bergolek semua itu kami pasti kerana dari apa yang kami tahu, Shaheizy Sam ini seorang yang sangat suka bekerja keras demi kerjaya dan jaminan untuk masa hadapan.

Sempat bertemu dengan pelakon serba boleh ini di pra tonton filem terbaru beliau, Songlap minggu lalu kami dengan sengaja merisik isi kandungan hati pemuda ini.

“Mana ada siapa siapa. Takde’lah. Sekarang saya kerja dahulu dan mahu membina kerjaya,” jawab Shaheizy Sam ringkas ketika kami lontarkan soalan berkaitan soal hati & siapa gadis bertuah menjadi pendamping beliau kini.

Sudah jadi sifat semulajadi kami tidak pernah berpuas hati, pengurus peribadi Shaheizy Sam pula kami terjah dengan soalan yang sama — dan jawapan yang sama kami terima. Tidak mengapa.

ADV: SONGLAP, filem terbaru terbitan Grand Brilliance & Red Films lakonan mantap dan berkesan Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali bakal menemui penonton di’pawagam seluruh Malaysia 15 Disember ini. Serbu!