Menurut laporan baru baru ini menerusi Instagram peribadi beliau, Diana Nasir ada mengirimkan sekeping gambar bersama Shah Iskandar yang di’iringi kata kata seakan menunjukkan yang mereka berdua kini sedang hangat di’lamun cinta.

“Dear babyshah, no matter where you are, east north west or south, I hope you know that you’ll always be in my heart,” itu antara kata kata yang ditulis oleh kakak kepada Anzalna Nasir ini kepada mereka yang tidak kenal siapa Diana Nasir.

Melalui Media Hiburan, Shah Iskandar meluahkan rasa terkejut dengan kemaskini Diana Nasir di Instagram itu sedangkan ketika gambar itu di’ambil mereka dikelilingi rakan rakan yang lain.

“Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Dan saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain di sekeliling kami,” ujar Shah Iskandar yang kini berada di Cape Town, Afrika Selatan.

“Kalau tanya akan hubungan kami, apa yang saya boleh katakan adalah saya menganggapnya sebagai kawan biasa. Bulum ada hati dan perasaan. Tapi, tidak tahu lah pula dia”

Shah Iskandar turut berkata yang beliau akan bertanya sendiri kepada Diana Nasir tentang status mereka berdua apabila pulang ke Malaysia kelak.