fbpx

Sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini penyanyi Aishah ada memuat naik gambar menerima hadiah seutas gelang daripada anak-anaknya.

Menerusi entri tersebut, Aishah sempat mencoretkan bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini. Kata Aishah dia tidak pernah merasa kehidupan sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia yang memikul tanggungjawab besar.

BACA: Dah 3 Bulan Tak Sebumbung Dengan Suami, Aishah Tunggu Masa Jatuh Talak

“I tak pernah merasa hidup sebagai isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras. Allah bagi anak-anak yang thoughtful, buat masa mum masuk habuk,” tulisnya.

Perkongsian Aishah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh hati dengan pendedahan tersebut serta mengatakan penyanyi itu seorang wanita yang kuat.

November tahun lalu, mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini berantakan.

Menurut Aishah, dia juga sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu serta menunggu masa jatuh talak.