“Setiap Hari Saya Cuba Jadi Lebih Baik, Tolong Doakan Saya”
Baru-baru ini adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan dikecam netizen apabila memuat naik fotonya berpakaian ketat dan berhijab di Instagram.
Menerima kritikan secara terbuka, Ameera berkata setiap hari dia cuba menjadi insan lebih baik dan meminta untuk mendoakan dirinya.
BACA: Bertudung Tapi Pakai Baju Ketat, Ameera Khan Dikecam Netizen
“Saya terima (kritikan) dengan hati terbuka dan tolong doakan saya untuk jadi manusia lebih baik.
“Saya berubah secara perlahan-lahan. Saya tidak kisah dengan apa yang orang hendak cakap kerana saya lebih tahu siapa diri saya. Setiap hari saya cuba menjadi orang yang lebih baik daripada semalam,” katanya.
Ameera sebelum ini pernah berhijab, namun membuat keputusan untuk membuka tudung. Bagaimanapun Ameera kembali berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa dan PU Riz.
- SUMBER
- Kosmo!
acik cleaner mana ni
It’s Ok Ameerah..its hard to be istiqamah…what others say is not important..what is important is your relationship with the Almighty..continue to be humble and kind…
Ya, Allah!
Jadikanlah Ameera seorang wanita solihah dan kurniakanlah beliau suami yang solih.
Nko tak payah mintak doa dengan netizen!! Nko mintak dekat Allah sana!! Pokok pangkal pada nko mek!? Sendiri nk berubah usaha pada nko, istiqomah tu wajib!!!
insyaAllah dik. Kuatkan hati ya. Jangan tinggal solat wajib solat sunat.
Pejadah aku nk doakan ko. Baik aku doa kan anak2 yatim, pejuang islam, and manusia2 yg teraniaya. Ko sendiri doa, berusaha n doa mak bpk ko lg afdal dari doa kami.