fbpx

Setelah 33 Tahun, Ini Rahsia Kedai Barangan Kek Bake With Yen Sentiasa Jadi Pilihan

Jika anda masuk ke kedai barangan kek dan anda merasa bahagia dan tak sabar-sabar untuk mencari bahan persiapan hidangan, maka anda kini berada di jalan yang benar.

Tak mahu cakap banyak, kali ini kami nak kongsikan dengan anda rahsia kedai barangan kek yang sudah pun ada 47 cawangan di seluruh Malaysia iaitu Bake With Yen sentiasa jadi pilihan pembuat kek.

1. Pelbagai Pilihan Produk Berkualiti

Sudah dibuka sejak tahun 1987, sememangnya kalau dah masuk ke Bake With Yen ini, semua dah ada – macam one stop center untuk setiap bahan pembuatan kek, senang dan jimat masa anda.

Lebih penting lagi, mereka bawakan bahan dan juga produk yang berkualiti tinggi dan juga sihat. Contohnya macam mentega, mereka bawakan khas pelbagai mentega dari Uruguay, Netherlands, Australia, New Zealand dan macam macam lagi.

Kekacang yang ada di sana juga ada di antaranya adalah dari USA dan juga India – yang terjamin kualiti yang terbaik.

2. Rangkaian Kedai Yang Luas

Sudah 33 tahun beroperasi dan sudah mempunyai 47 cawangan di seluruh Malaysia. Ini saja sudah cukup membuktikan bahawa mereka berkembang dengan sangat pesat selain mendapat permintaan tinggi di setiap kawasan jajahan mereka.

Rangkaian yang meluas ini memudahkan pembuat kek atau ibu-ibu tercinta untuk mencari bahan dengan lebih mudah. Eh, nak tau cawangan mereka yang terdekat dengan anda, klik saja sini.

3. Suasana Kedai Selesa, Susunan Barang Teratur

Mungkin ada yang dah selalu pergi ke cawangan mereka dan mesti anda perasan yang suasana cawangan mereka sebenarnya sangat sedap mata memandang. Sebabnya barang-barang yang ada di sini tersusun dan mudah nak dicari.

Ditambah pula di sini ada lebih 300 produk Halal yang diiktiraf JAKIM, memang rata-rata kita tak cari kedai lain, semua sudah lengkap di sini. Malah staff mereka juga sangat peramah dan sangat membantu.

Hadiah Buat Pelanggan Setia

Sempena sambutan 33 tahun mereka, Bake With Yen sekarang tengah ada promosi bermula 1 hingga 31 Ogos. Jangan lepaskan peluang anda sebab banyak promosi yang ditawarkan.

Anda boleh menyertai pertandingan Shop & Win hanya dengan berbelanja RM60 sahaja di dalam satu resit. Selain itu ada juga promosi Purchase With Purcahse (PWP) juga hanya dengan pembelian minimum RM60.

Set Muffin, Pancake, Pizza dan banyak lagi turut ada promosi termasuklah set buat Kek Bulan sendiri.

Nak tahu apa lagi yang mereka tawarkan sempena promosi ulangtahun yang ke 33, jom tengok gambar di bawah:

Nak lagi meriah, ajak ibu, rakan mahu pun suami anda ke cawangan mereka yang berdekatan dengan anda jika tak mahu ketinggalan promosi mereka, boleh ikuti mereka di bakewithyen.my.