fbpx

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kenyataan pempengaruh media dikenali Abang Tesla berbunyi, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.

Malah, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry mengatakan ayat diterimanya itu didakwa daripada daripada seorang ustaz yang bercakap soal poligami.

BACA: “Perampas Ganggu Rumah Tangga Sampai Suruh Cerai, Itu Haram..” – UAI

“Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap. Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu.

“Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu,” katanya.

Sementara itu, turut tular video ceramah daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjawab mengenai kenyataan tersebut.

Menurut UAI, istilah berkenaan tidak terkandung dalam mana-mana kitab dan ia hanya perkataan daripada netizen. Ujarnya, jika ada yang mengamalka istilah tersebut maka dia sudah sesat.

“Itu hanya perkataan yang dimainkan netizen, jadi kita nak ikut netizen atau hadis? Kalau ikut netizen maka sesatlah kamu dan jumpa api neraka.

“Hanya dua perkara sahaja yang kita perlu ikut iaitu al-Quran dan hadis, jika kita tidak ikut kedua-dua ini, maka kita akan sesat.

“Kenapa nak cakap pelik-pelik? Ada pula untuk dihargai, bukan, jangan begitu. Siapa yang menjadi isteri pertama, dia yang jadi mangsa. Terasa hati orang. Apa benda status bodoh macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, UAI berkata suami yang baik adalah mereka yang bebuat baik kepada kepada semua isteri kerana kelak apa saja yang kita lakukan akan ditanya di akhirat.

“Sebenarnya isteri pertama dan kedua adalah tanggungjawab kita dan kita akan ditanya diakhirat. Sebab itu Nabi berkata, suami yang baik, bukan isterinya dua, tiga, satu, tidak. Tidak kira seberapa ramai isteri dimiliki, asalkan harus, suami yang baik dan suami yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya,” katanya.