fbpx

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu orang ketiga dalam rumah tangga pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian.

Baru-baru ini, pendakwah Furqan Fawwaz menemu bual Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai topik penyondol dalam rumah tangga yang menjadi bualan ramai.

BACA: “Poligami Tanpa Izin Isteri Dianggap Tak Mampu” – Ustaz Azhar Idrus

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Furqan meminta pandangan daripada UAI mengenai perkara itu. UAI menjelaskan Islam membenarkan poligami namun perlu faham mengenai poligami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Furqan Fawwaz (@furqanfawwaz)

“Kita kena bahagikan dulu mana yang dikatakan menganggu rumah tangga orang dan mana yang dikatakan poligami yang dibenarkan dalam Islam.

“Dalam Islam ini, dia kahwinnya seorang. Jika kamu kahwin lebih dari seorang, dibolehkan. Bukan disuruh. Cuma kena faham,” katanya.

Kata UAI lagi, istilah penyondol itu mempunyai makna tersendiri dimana wanita itu layak digelar sedemikian jika sengaja mahu merosakkan rumah tangga orang lain.

Menurut UAI, haram hukumnya jika seseorang wanita mahu mengganggu rumah tangga seseorang sehingga suami menceraikan isterinya.

“Kalau makna sondol itu ialah orang perempuan yang dia sengaja nak merosakkan rumah tangga orang lain baru hukummnya haram. Tapi kalau dia nak berkahwin dengan suami orang, hukumnya harus.

“Ramai orang salah faham, dia kata kalau kahwin dengan suami orang dikira merampas. Salah. Perampas ni begini, dia kahwin dengan suami orang dan dia suruh cerai isteri tua. Itu perampas.

“Dia hidup dengan baik, dia akan jadi isteri yang kedua. Itu bukan perampas. Itulah yang dibenarkan dalam Islam. Hukum tu tengok-tengok dulu. Bukan dengan emosi.

“Kalau memang dia ganggu rumah tangga orang supaya runtuh rumah tangga itu, supaya bercerai laki bini itu haram. Itu bukan pendapat saya, itu pandangan di sisi Islam,” katanya.