fbpx

Serunding Berulat Sebab Tak Laku, Saharul Ridzwan Rugi RM30,000

Meskipun pernah gagal dalam perniagaan sebelum ini, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon Saharul Ridzwan untuk terus menceburkan diri dalam bidang itu.

Saharul berkongsikan cerita dia pernah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit kerana perniagaannya tidak mendapat sambutan kerana kurang ilmu.

BACA: Jual Pisang Di Gerai, Netizen Hina Saharul Ridzwan Tiada Job

“Contohnya perniagaan serunding semasa bulan puasa, saya rugi hampir RM30,000..stok tak terjual sampai berulat sedangkan modal dikeluarkan dah banyak.

“Mungkin kerana ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru saya sedar tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan,” katanya.

Baru sahaja melancarkan produk wangian aromatik miliknya, Ode Scents, Saharul berkata dia mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 untuk membangunkan jenama tersebut.

Saharul berkata dia kini mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan kerana sedar bahawa popularitinya sebagai pelakon mungkin tidak bertahan lama.

“Kita kena sedar yang populariti tidak akan kekal lama. Ia boleh datang dan pergi. Saya tak boleh salahkan sesiapa jika orang sudah tak minat saya lagi seperti dahulu. Tapi tak adalah sampai nak tinggalkan industri ini. Berlakon tetap menjadi minat utama saya,” katanya.