Sertai Program ‘Bachelor’ Berkenalan Dengan 13 Gadis, Zul Ariffin Dikritik Netizen
Sudah 14 tahun berada dalam industri seni, pelakon Zul Ariffin mengakui penyertaannya dalam program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati mempunyai cabaran tersendiri.
Memetik Media Hiburan, Zul mengakui sedikit gemuruh untuk berkenalan dengan 13 wanita yang tidak pernah ditemuinya sebelum ini.
BACA: “Jaga Makan, Kurangkan Makan Cili Nanti Menggelupur” – Zul Ariffin Perli Siapa?
“Pada mulanya saya agak canggung kerana ini merupakan progran realiti pertama saya. Berkenalan dengan 13 orang wanita, ia bukan perkara biasa saya lakukan.
“Kebiasaannya, bila kita bersembang dengan orang, tiada pun rakam-merakam ni tapi kali ini, kamera memang ada di sekeliling kita. Ia merupakan pengalaman baru buat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zul berharap orang ramai tidak terlalu cepat meletakkan pandangan negatif terhadap program tersebut kerana konsepnya berbeza dengan program di negara luar.
“Pada saya, ini hanyalah sekadar sebuah program televisyen. Tiada yang personal. Ia merupakan perkara yang telah saya persetujui dan akan berikan komitmen.
“Pada awalnya, saya ada nampak potensi program ini akan menjadi panas namun ia bukan hanya sekadar dating memanjang. Tidak..ia lebih daripada itu sebenarny.
“Lagipun, bukan hanya saya dan 13 gadis ini yang merakam sendiri aktiviti kami. Seluruh team produksi juga ada di belakang kami,” katanya.
Sementara itu, menerusi komen Facebook Media Hiburan, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang pelakon berbadan sasa itu menyertai program berkenaan.
Malah, ada yang mendakwa program tersebut tidak bermanfaat serta meluahkan rasa bimbang kerana banyak bencana alam sedang berlaku. ada segelintir netizen mengkritik cara pemakaian wanita-wanita yang terlibat dalam program tersebut yang disifatkan agak mencolok mata.
Jahanam Malaysia macam ni. Channel Sooka liberal. Normalisasi maksiat cara halus
Macam mana program macam ni boleh lulus.. dengan pemakaian yg haihhhhh
masya Allah ade lg program mcm ni… merepek
cuba klau yang pompuan2 tu pakai baju kurung ke, jubah ke. baju tradisional ke, kan nampak lagi cantik. nampak skit budaya malaysia..
hati2 dgn program mcm ni. x sesuai dgn budaya malaysia
Sokong .sokong.. teruskan cerita mcm ni .. ajar sikit lelaki lelaki dekat malaysia cara nak amek hati dan perasaan bini bini kat rumah tuu.. asyik bergaduh je memanjang… Cuba romantik sikit wahai suami suami di malaysia . Jgn nak bergosip je…
Heloklah… Free je tengok lurah dendam.. Murah sangat untul buat bini. Buat geli geli bolehlah.