fbpx

Selasa lalu, pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram.

Terbaru, perkongsian pelakon berbadan sasa di laman Twitter semalam menjadi perhatian ramai seolah menyindir pihak tertentu.

BACA: Erma Fatima Tanya Zul Ariffin Siapa Suruh Muat Naik Video Itu?

“Salam, semoga hari yang baik untuk semua. Jaga makan dan kurangkan makan cili nanti menggelupur. Minum air yang banyak, baik untuk kesihatan,” tulisnya.

Perkongsian Zul itu membuatkan netizen yang tertanya-tanya tentang ayat ‘makan cili’ itu yang kedengaran seperti berbaur sindiran atau mungkin sekadar peringatan untuk semua.

Terdahulu, Zul berkata biarlah dirinya sahaja yang mengaku bersalah serta mengatakan orang lain semuanya malaikat dan hanya dia seorang sahaja yang tidak.