Sertai Jemaah Dakwah, Amar Asyraf Mahu Berubah
Sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga, kini pelakon Amar Asyraf mula mengubah hidupnya secara positif dan memberi tumpuan terhadap aspek kerohanian.
Bersyukur kerana Allah masih menyayanginya sehingga memilih dirinya untuk mendalami ilmu agama, Amar berkata sebelum ini ada rakan artis mengajak sertai jemaah dakwah namun dia kurang berminat.
BACA: Amar Asyraf Ceraikan Isteri Kedua Talak Tiga
“Sudah dua tahun mereka ajak tapi hanya baru-baru ini Allah pilih untuk saya menyertainya. Tak dinafikan ada rasa nak ikut tapi saya masih alpa.
“Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini. Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia,” katanya.
Dalam pada itu, Amar berkata perubahannya itu bukan kerana kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Terdahulu, perkahwinannya dengan isteri kedua, Vivi Jeffry terbongkar apabila didedahkan oleh seorang wanita yang mendakwa hampir berkahwin dengan Amar.
Amar kemudian menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019. Amar berkahwin dengan isteri pertama, Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.
- SUMBER
- Harian Metro
Patutnye penunggang agama macam ni dah lama #cancel. Jenis manusia yang tak membawa apa2 faedah kepada masyarakat.
Awat cerai sampai talak tiga tu. Teruk sgt ke kes apa ni.
B. O. L. E. H C. A. Y. A ke nko nieee?????
K…
Baiiiiii…
bile xde job
ble xde job cmtu la..muka dia byk kt rtm.. best jgk tgk dia berlakon tp ble tau life dia hampeh sanggup tipu isteri, cerai kn bini kedua…alahai sedihhh x minat dh.. selalu lelaki cmtu la ble senang je skit lupe diriiiii..
hatiku yang sediakala hitam dan penuh dengan sangsi dengan propa retis enggan menerima berita ini hahaha. Perlu ke bila dah belajar agama level jagung terus tukar pemakaian and cara posing segala? semuanya luaran je ptyuih