Zander - Anak Harith Iskander & Dr JezamineMembaca temubual eksklusif pasangan ini bersama MSN Entertainment, kami yakin yang keluarga ini di’takdirkan untuk berada dalam suasana ceria sepanjang masa.

Harith Iskander & isteri, Dr. Jezamine Lim tampil berkongsikan pengalaman mereka selepas lebih dua bulan kelahiran anak pertama mereka Zander Xayne Iskander.


Menurut Harith Iskander, pada awal’nya mereka berdua ingin menamakan anak pertama mereka sebagai Alexander Sinatra Iskander dan membatalkan hasrat itu atas sebab tertentu.

Pasangan suami isteri ini juga menyebut yang mereka tidak terlalu mendengar nasihat orang lain dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa kerana secara perlahan lahan mereka tahu akan apa yang patut mereka lakukan.

Gambar Zander Xayne Iskander bersama Harith Iskander & Dr Jezamine Lim hasil karya jurugambar terkenal, Sammy Khoo selepas ini. Enjoice!