fbpx

Serina Redzuawan Bangga Suami Dapat Penghargaan Tugas Cemerlang

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian suaminya, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin yang menerima penghargaan atas khidmat cemerlangnya.

Dalam entri tersebut, Serina turut memuat naik gambarnya bersama suami yang lengkap berpakaian seragam polis berserta ucapan istimewa. Serina berkata disebalik kejayaan seorang leaki pasti ada wanita bergelar ibu dan isteri di belakangnya yang sentiasa mendoakan mereka.

BACA: “Saya Berhak Untuk Bahagia, Syukur Sudah Keluar Dari Hidupnya” -Suami Serina

“Tahniah suamiku tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu Ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka,” katanya.

Kata Serina lagi, tugas suaminya dan semua anggota polis sangat mulia kerana bertugas demi keselamatan rakyat dan akan sentiasa memberikan sokongan.

Menerusi ruangan komen, Serina memberitahu suaminya menerima penghargaan berkenaan selepas berjaya dalam misi risikan dalam menumpaskan penjenayah. Perkongsian Serina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah kepada suami pelakon itu.

Terdahulu, perkahwinan kedua Serina itu mencetuskan kemarahan bapanya, Datuk Chef Wan yang mendakwa tidak mengetahui tentang pernikahan anaknya itu.

Sebelum ini, Serina berkahwin dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010, bagaimanapun mereka bercerai 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.