Serina Nak Nikah, Chef Wan Tak Mahu Sponsor
Memaklumkan anak sulungnya, Serina Redzuawan bakal melangsungkan perkahwinan kali kedua, Chef Wan berkata dia tidak mahu lagi berhabis duit untuk majlis tersebut.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan berkongsikan luahan bahawa dia sudah serik apabila menaja 100 peratus perkahwinan pertama Serina terdahulu.
BACA: Serina Minta Izin Nak Kahwin, Chef Wan Masih Trauma
“Suruh bakal suami kamu untuk membayar duit majlis perkahwinan sama seperti apa yang aku buat menaja 100 peratus perkahwinan kau dulu.
“Dia (pihak lelaki) yang gatal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya. Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali. Pada akhirnya kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan juga enggan untuk mengadakan majlis perkahwinan Serina di rumah. Ujarnya, adalah lebih baik jika adakan di masjid dan jemput keluarga terdekat sahaja.
“Baru minggu lepas Rina (panggilan Serina) beritahu saya nak adakan majlis pernikahan selepas Raya Aidilfitri. Buat secara sederhana di rumah katanya.
“Tapi saya kata insya-Allah, sabar. Tapi dalam hati saya berfikir sudahlan buat di masjid dan jemput siapa yang hendak di jemput dan ‘make it official’ (nikah) sudah.
“Tak perlu nak menyemakkan rumah papa dengan buat majlis perkahwinan sebab papa dan nenek perlukan ketenangan. Papa juga ada tiga perniagaan yang hendak diuruskan. Waktu Covid-19 bukan boleh jemput ramai-ramai,” ujarnya.
Chef Wan turut memberi cadangan supaya Serina tidak membazir dan menggunakan wang tersebut untuk memberi sedekah kepada anak-anak yatim kerana apa lebih penting menghalalkan hubungan.
“Rezeki lebih pergi beri makan anak-anak yatim lagi baik dan tentu saham akhirat itu ada daripada belanja majlis perkahwinan mahal-mahal. Membazir.
“Sudah terkena sekali cukuplah. Habis duit papa tak pasal-pasal, kerja setengah mati hari-hari. Yang penting nikah, halalkan yang haram sudahlah.
“Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya (Muhammad Nazri) esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!” katanya.
Terdahulu, Chef Wan mendedahkan Serina Serina memberitahu sudah bertemu calon yang tepat dan meminta izin untuk berkahwin sebelum raya tahun ini.
- SUMBER
- Kosmo!
itulh yg btul…
Spe je yg nk pisang brbuah dua kli kn chef??
setuju. even untuk yang berkahwin fist time, x perlulah membazir buat majlis kahwin macam majlis rumah terbuka aidilfitri peringkat negeri. yang penting nikah tu je. benda2 lain selain nikah tu cuma ego kita je. kalau secure dengan diri sendiri, why bother apa orang cakap? biarkan mereka dan mulut mereka. kau nikah lepastu teruskan hidup macam biasa. hidup ni panjang, banyak nak pakai duit.
Musim pkp la senang…buat yg wajib..tetamu pun boleh hadkan…pilih org yg betul-betul penting he…jangan sampai berlaga punggung mcm majlis yg TU
astghfirullah..duit banyak chef Wan cari bukan untuk bawa masuk kubur pun. Chef Wan sendiri pun penah cerai. Kenapa nk salahkan anak2 bila bercerai..Kalau tak mau sponsor anak kawin, jangan la komen macam tu..ada ka tuduh pihak lelaki yang gatal nak kawin..apa perasaan pihak lelaki.. macam kebulur kat anak dia pulak…
Cakap je elok2 kawin kat Masjid..ada ka seorg bapa..dok ungkit pasal duit dgn anak2..sedihnya kalu jadi anak Chef Wan ni…
Berapa harga 4 tan metrik bunga putih? Siapa boleh jawab?
Kan lebih elok kalau sedekah ke anak anak yatim duit beli bunga tu.
Nmpk nada chef wan mcm tak RESTU. Hihihi fobia ya dpt mnntu hantu. Tapi yela ank chef wan, chef riz pn dulu bcerai dgn ana dahlia. Chef wan pnh cerai, serina pnh cerai, chef riz pn pnh cerai
Oh dah ade kerjaya sendiri pon..bapak tanggong kenduri ke…patut lah melayu2 hari ni bingaiiii…tak tau rasa susah…..puihhhh
time covid ni jika anak2 pompuan bernikah, duit hantaran katakan rm20,000.00, mgkn akan kluar blnja dlm RM8 ribu je utk majlis yg simple2, selebihnya RM12 ribu anak pompuan tu dpt, cukuplah utk beli2 brg2 rmh jika yg tiada, maka byk jimat taw..usah risau lah chef psl2 belnja2 perkhawenan ni, yg chef perlu sedia adalah utk cucu2 yg akan dtg..mana tahu ada antara cucu2 chef tu yg boleh jaga chef kelak.
Betul tu chef, sampai bila nak tanggung anak2..biar mereka faham erti susah cari duit..dan hargai apa yg dilaburkan.
Duit yg lebih ..baik labur utk saham akhirat.
Serina nak kawin melayu agaknya kalau omputih mungkin dia ok…dah tua pun masih memekak, anak dah baik diam2 bapak pulak.
Lain la kalau chef wan yg kawen lagi skali kan..ini balik2 anak2 je yg dtg jodoh
Teroknya chefwan ni, dah bagi ungkit.dah bagus dah ada jugak org nak kawin anak kau anak dua, kalau tak nak pun kan lebih baik diam. buat malu diri sendiri. dah tua pun bodoh.
tak baik ungkit …hilang pahala..
Btl tu chef. Bila anak2 dh rasa payahnya nak kawin, bru lah mrk rs takut nak bercerai. At least usaha jga baiki hubungan demi masa, wang dan tenaga yg dh labur ms kawin dl. Nak bina rumah tangga mmg la kena byk keluar duit. Xkan la bpk pl keluar belanja. Bpk pun kwin skali jer ni nak kawinkan anak sorg lbh dr 2 kali..adoyaii..smpi ke tua sara anak.
Setuju dengan statement nikah sekadar yang wajib je… Tapi janganlah petik nama anak tu chef… Jagalah juga aib anak tu depan anak2 dia… Nanti anak dia baca mesti dah besar nanti mesti dah boleh berfikir kenapalah atok mesti cakap macan ni. Asyik mengungkit je… Kita ni makin tua chef.. Kesian anak tu asyik diungkit je kisah lama dia. Tak patut keluar statement macam tu kat ig. Terlajak perahu boleh diundur chef. Tahu kan kenapa iblis dihalau dari syurga? Sebab perasaan riak dan sombong. Sebab iblis rasa dia lebih mulia dari Adam yang diciptakan dari tanah. Nauzubillahminzalik
CW serik sgt dulu dpt menhantu. InsyaAllah lelaki Melayu lebih2 baik dari yang dulu.
Tahniah Serina
Allahu akbar sedihnya bila bapa sendiri ungkit pemberian. Kalau tak nak beri pn janganlah di ungkit perkara yg telah berlalu. Tiada pasangan yg berkahwin inginkan perceraian. Sebaiknya berikan nasihat dan bimbingab. Ajal , jodoh , rezeki di tangan Allah – belajar utk redha dan terima hakikat di atas segala ujiannya. Wallahua’lam.
ialah dato..kalo dh kawin cerai kawin cerai..baik nikah saj dato..lagi satu biar diaorng tanggung sendiri belanja kawin….sal sebelum semua ada dpn mata..sbb tu cerai tu mudah bagi mereka
RK tak buat liputan ke siapa bakal laki serina? nak tau jugak angmo ke bukan
Your thaught is tge best..pedulikan netizen anjirr tau nk kecam ja