Hari ini hangat diperkatakan isu Nur Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan umrah yang disifatkan mempersendakan agama. Lebih kecoh, apabila Sajat berkata jika benar dia mempermainkan agama sudah pasti Allah akan memberi bala kepadanya di sana.
Kontroversi mengenai usahawan itu turut mendapat perhatian ahli keluarga terdekat Sajat yang merayu agar Sajat dan ibu bapanya kembali ke pangkal jalan. Wanita yang mendakwa sepupu Sajat itu turut mengingatkan ibu bapa Sajat bahawa anak mereka itu lelaki.
BACA: Agensi Dedah Sajat Mengaku Lelaki Ketika Daftar Umrah
Katanya lagi, ibu bapa Sajat menyokong perkara yang salah dan mereka tidak akan bersubahat mengenai perkara itu serta berharap pihak atasan akan mengambil tindakan keatas mereka.
Sebentar tadi, agensi pelancongan yang membawa Sajat menunaikan umrah mendakwa usahawan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar. Malah, Sajat turut mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak memberitahu dirinya seorang khunsa.
Bagaimanapun, apabila tiba di Tanah Suci, Sajat sebaliknya memberitahu kepada mutawif disana dirinya seorang khunsa pula.