fbpx

“Sepatutnya Dia Yang Pasangkan Batu Nisan Saya”

Genap 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah, baru-baru ini Shuib Sepahtu telah mengadakan mengadakan majlis tahlil dan juga akikah untuk anak bongsu mereka, Ayyash Affan.

Lebih sebak, pada hari tersebut pihak keluarga memasang batu nisan di pusara Allahyarham. Pelakon veteran, Raisuddin Hamzah berkata sepatutnya anak yang meletakkan batu ke pusara bapa, namun sebaliknya berlaku.

BACA: Shuib Akui Belum Move On, Mudah Menangis Bila Teringat Arwah Siti Sarah

“Pada sebelah pagi saya ke kubur pasangkan batu nisan untuk dia. Ketika nak pasang tu saya tengok nama pada batu… masa tu saya rasa terkedu mengenangkan dia dah tak ada. Batu nisan ni untuk dia, sepatutnya dia yang pasangkan batu nisan saya,” katanya.

Raisuddin berkata dia menerima ketentuan Allah dan kini hanya kenangan sahaja yang tinggal. Raisuddin turut meluahkan rasa syukur cucunya, Uwais mirip wajah arwah dapat juga melepaskan rindu pada Sarah.

“Saya bertuah anak Sarah pertama, Uwais, memang mirip dia, bezanya Uwais lelaki, Sarah perempuan. Uwais sampai sekarang tidur dekat ketiak saya lagi. Perangai pun sama dengan Sarah. Dekat situ saya lepaskan rasa kerinduan Sarah,” katanya.