fbpx

“Sepanjang Berada Di Sana, Kami Patuh SOP”

Hangat diperkatakan berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi, Isnin lalu, selebriti popular Neelofa tampil memberikan jawapan.

Neelofa berkata dia dan suaminya, PU Riz ke Langkawi sememangnya atas urusan kerja. Malah, Neelofa berkata dia dan suami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di sana.

BACA: Buat Kenyataan Angkuh, Netizen Mahu Boikot Neelofa

“Segala kerja yang saya lakukan sudah dirancang awal sebulan atau lebih. Keputusan berkenaan kerja bukanlah dibuat secara spontan.

“Saya ingin menyelesaikan semua perkara berkaitan kerja sebelum Ramadan ini. Syukur semuanya sudah berjaya dilunaskan. Sepanjang berada di sana, kami juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Kata Neelofa lagi, dia sedia bekerjasama dengan polis berhubung siasatan mengenai majlis pernikahannya pada 27 Mac lalu yang didakwa tidak mematuhi SOP.

“Saya sedia bekerjasama (dengan polis). Namun, saya minta diberikan ruang untuk saya bantu siasatan sama ada saya melakukan kesalahan atau tidak. Biar saya selesaikan secara baik dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya ‘respect’ (hormat) semua orang (media) di sini nak tanya benda yang sama. Namun, saya juga nak minta kepada rakan media yang lama saya kenal untuk berikan ruang supaya saya boleh selesaikan hal ini secara profesional bersama dengan pihak yang berkenaan,” katanya.