fbpx

“Sepanjang 7 Tahun Kahwin Belum Pernah Gaduh Besar”

Setiap perkahwinan pasti akan ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Usia perkahwinan sudah mencecah tujuh tahun, Aeril Zafrel memberitahu dia dan Wawa Zainal belum pernah bergaduh besar.

Kata Aeril lagi, gaduh kecil antara suami isteri itu perkara biasa. Dalam pada itu, Aeril tidak bersetuju apabila ada segelintir individu menjadikan media sosial untuk berkongsikan hal berkaitan rumah tangga.

BACA: Aeril Zafrel Hadiah Rumah Mewah Buat Wawa Zainal

“Alhamdulillah sepanjang tujuh tahun kami jadi suami isteri, tidak pernah bergaduh besar sehingga sampai di media sosial. Gaduh-gaduh kecil itu biasalah.

“Kita mungkin tidak berada di tempat mereka. Tapi kalau boleh elakkan daripada berkongsi di media sosial kerana ia boleh menjadi bukti di mahkamah,” katanya kepada mStar Online.

Sering berkongsikan kebahagiaan di media sosial, Aeril memberitahu mereka juga sama seperti pasangan lain namun apa yang membezakan mereka adalah selebriti dan menjadi perhatian umum.

“Kami seperti pasangan suami isteri lain, cuma bila kami selebriti yang lebih mendapat perhatian. Kalau netizen jadikan contoh inspirasi apa salah jika ia baik untuk mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,4.