fbpx

Sentiasa Kasihkan Ibu, Netizen Kagum Cara Chef Wan Melayan Ibu

Dikenali sebagai seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan, ramai yang mengagumi chef selebriti terkenal Chef Wan. Mana tidaknya, meskipun sudah 33 tahun bercerai namun Chef Wan masih menjaga kebajikan arwah bekas isterinya.

Sering berkongsikan momen manis bersama ibunya Noraini Abdullah atau lebih manja dipanggil Cik Ani, baru-baru ini Chef Wan dilihat memuat naik video memaparkan keakrabannya dengan ibunya.

BACA: 33 Tahun Chef Wan Jaga Kebajikan Isteri Walaupun Berpisah

https://www.instagram.com/p/CCu8j85AmRL/?utm_source=ig_embed

Sikapnya yang sentiasa kasihkan ibu dan tidak pernah jemu melayan ibunya, rata-rata netizen kagum dan terharu melihat kasih sayang yang dicurahkan Chef Wan buat ibunya.

Menerusi perkongsikan itu, Chef Wan turut meluahkan rasa gembira dan indah kerana kini dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ibunya.

Diruangan komen rata-rata netizen memuji Chef Wan seorang anak yang baik kerana tidak pernah lekang memberikan perhatian dan sering memenuhi kehendak ibunya.

Malah, ramai yang mengatakn ibunya sangat beruntungnya kerana dapat anak seperti Chef Wan. Kata netizen lagi, jika mahu mencari lelaki yang baik, carilah lelaki yang melayan ibunya seperti permaisuri. Malah, ramai mendoakan agar Chef Wan dimurahkan rezeki atas layanan baik diberikan buat ibunya.